Aktiviti kayak dan kenu telah lama berkembang di dunia. Namun begitu tokoh terkenal aktiviti kayak iaitu John MacGregor telah memberi nafas baru dalam aktiviti ini. Jika sebelumnya, kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, kini ia merangkumi aspek yang lebih luas lagi iaitu sukan, kesenggangan dan pendidikan. Beliau juga telah digelar sebagai bapa kayak moden dan sebagai mengikhtiraf sumbangannya dalam perkembangan aktiviti kayak.
Beliau adalah seorang pelaut British yang berbangsa Scott. Pengembaraan beliau ke serata dunia telah membekalkan beliau dengan banyak pengalaman. Pengalaman pertama beliau adalah teknik orang Eskimo membina dan mengendalikan kayak mereka. Pada tahun 1865, beliau telah mencipta sebuah kayak moden berdasarkan kayak yang beliau saksikan di Artik. Kayak ini dinamakan Rob Roy. Sepanjang tahun 1865 hingga 1867 beliau telah menjelajah sungai-sungai di Eropah dengan menggunakan kayak ini.
Di negara kita sejarah kegiatan berkenu juga telah bermula lebih awal lagi kerana pengangkutan utama masyarakat dahulu adalah melalui air. Tetapi sejarah moden telah bermula sekitar tahun 60-an dan ianya diperkenalkan oleh tentera laut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Namun ianya tidak begitu popular di kalangan umum kerana cuma kepada anggota tentera dan kakitangan kanan kerajaan sahaja.
Pada awal tahun 70-an kegiatan berkayak kembali aktif dan kegiatannya cuma disekitar Pulau Pinang dan tidak berkembang keseluruhannya. Pada tahun 80-an barulah kegiatan berkayak berkembang di seluruh negara dengan bantuan KBS Malaysia. Perkembangannya meliputi berkayak mengelilingi Semenanjung Malaysia dan sebagainya.
Ketika ini terdapat juga para penggiat rekreasi termasuk tenaga pengajar menghasilkan buku berkenaan sukan berkayak di Malaysia
.jpg)






No comments:
Post a Comment