Monday, April 19, 2010

Ciri-ciri pemilihan kayak


Saiz dan Pemilihan Kayak

•Memainkan peranan penting dalam pemilihan kayak yang sesuai. Jenis kayak yang sesuai dengan saiz dan berat anda boleh merujuk kepada katalog kayak.
•Selain itu, sebelum membeli anda boleh berdasarkan saiz dan jenama seperti Nova Caribe, Dagger, Islander dan sebagainya.

Kestabilan

•Memainkan peranan penting dalam pemilihan kayak. Kayak yang panjang dan lebar saiznya pasti memilih tahap stabiliti yang tinggi.
•Secara amnya, kestabilan kayak terbahagi dua iaitu kestabilan initial (KI) dan kestabilan sekunder (KS).
•KI bermaksud apabila anda menjatuhkan badan ke sisi, kayak itu sukar terbalik dan amat stabil. Contohnya yang berbentuk U. Namun begitu ia akan mudah terbalik apabila anda melepasi pusat gravitinya.
•KS merujuk kepada keadaan kayak yang tidak stabil apabila anda melepasi pusat gravitinya. Contohnya kayak Slalom yang berbentuk O.

Rocker

•Memainkan peranan penting dalam proses pemilihan kayak yang sesuai. Rocker merujuk kepada darjah kenaikan bahagian bawah sesebuah kayak ataupun bentuk memanjang bahagian bawah sesebuah kayak.
•Kayak yang mempunyai Rocker yang besar akan mudah berpusing manakala kayak yang mempunyai Rocker yang kecil mudah bergerak lurus dan laju tetapi sukar berpusing.

No comments:

Post a Comment